Friday, May 22, 2009

ENTRY ke-85

rebus tak empuk....setelah puas menelek kamus dek kerana buhsan...hanya ini yang aku perolehi. rebus tak empuk. name yang biase2 jer...tapi byk maksud yg tersirat. blog nie blum lagi setahun....dan blum jugak mencecah ke angka seratus entry-nya. namun...aku rasa aku perlu melangkah.


bermulanya blog ini kerana sesuatu.dan berakhirnya juga kerana sesuatu. bukan aku tak cinta....cuma keadaan yang memaksa. blog nie....merupakan diary hidupku. segalanya ku luah disini. segala perasaan.... setiap rasa... semuanya tercoret disini.


namun kini....segala rasa...setiap gelora itu seolah tidak lagi terucap....bukan aku berpaling. cuma setiap perkara itu pastinya ada alasan yang tersendiri. salam kasih....salam cinta.

Monday, May 11, 2009

campur aduk

siang dan malam hadir silih berganti....bertahun telah berlalu. Alhamdulillah kini aku telah selesai menunaikan kewajipan aku demi mengejar sebuah cita-cita. namun...apa yang ada dihadapan sana masih lagi samar. namun...aku yakin dimana ada kemahuan...disitu ada jalan. aku akan berusaha sebaiknya.


dalam usia 22 tahun...aku berjaya memegang ijazah. insyaallah...klu panjang umur...aku akan konvo bulan 8 nie.klu orang lain mencipta azam saban tahun bila tibanya tahun baru...aku pula beda. azam akan aku semat setiap kali aku berjaya mencapai azam yg terdahulu.


aku mmg kuat berbelanja....duit yang ayah bagi utk aku bayar muka kereta...nmpaknya kenalah aku cari semula. sebab aku dah belanja...habis!!! untuk itu...aku kenalah kerja keras sebab aku ada impian yang blom tercapai.


baru sekejap tadi aku terbaca tentang ramalan hari kelahiran. hurm...bila dibaca dan dipikr2....mmg btol pon ramalan tue pasal attitude aku. haha~ nmpak sgt attitude aku nie trok. tapi skunk aku tgh mencuba sedaya upaya utk membuang satu atttitude yg kadang2 aku sendiri naik rimas...naper la mudah sgt jadi mcm tu.


kawan2....ade yang buat baik biler die susah aje...huh!! rame nyer yg besikap sedemikian. so... aku ape lagi...sblm aku terkena....aku da kenakan mereka2 itu dulu...haha!!! kejam2...padan muker. ade hati nk gunekan aku...maaf. bukan aku berdendam, cuma aku nk korang tahu...aku bukannya bodoh. skunk nie...korang tanggung la kesusahan itu sendirian. dah tiada lagi aku untuk sama2 memikul beban kerna korang tak pernah rasa macam mana perasaan bila diri dikhianati.

Tuesday, May 5, 2009

tugas terakhir....tanggungjawab terakhir...segalanya bakal terhenti disini...segalanya.....

aku....
seorang insan kerdil yang sering kali terleka dibuai rasa selesa
acap kali mengulangi kesilapan yang sama walhal aku pernah tekad untuk berubah
barubah??
hanylah sekadar hangat-hangat tahi ayam
sama sahaja dengan azam yang kita tanam saban tahun


kini...
aku sudah sampai ke penghujungnya
setiap titis peluh keringat yang mengalir, setiap kudrat yang dicurahkan
tidak cukup menyedarkan aku betapa masa itu tidak mungkin mampu diputar semula


aku yang kian dewasa...
tidak pernah berjaya mengharungi dugaan dan godaan yang hadir
semakin ia menghampiri, semakin aku alpa


tiga hari lagi...
berakhir sudah segala penantian
selesai sudah segala debaran
kenangan yang ada....hanya tinggal kenangan
setelah tiga tahun aku menghuni ruang ini...selama ini juga aku mencoret setiap kenangan buatku jadikan cerita buat sang anak di hari tua


beberapa jam lagi...
langkah yang aku atur bukan lagi disini
aku bukan lagi bergelar pelajar
duniaku sudah tamat disini
maka...bermulalah era baru...cerita baru dalam kamus hidupku
pahit manis....jatuh bangun sepanjang aku bergelar pelajar
tak mungkin luput dari kotak ingatan


semoga KAU merahmati perjalanan hidupku yang kadang tempang tanpa tongkat..tersungkur dalam mengharungi pahit getir dugaan-Mu Tuhan.

Thursday, April 9, 2009

10 jari kususun rapat...MAAF jua kupohon darimu atas segala kekhilafanku

MAAF!!!!
hampir setahun yg lalu...aku pernah disakiti.
hatiku diguris luka....dalam.
perasaan ku dicampak jauh nun kelaut mati.
aku jatuh tersungkur...menyembah bumi.
namun...pabila aku bangkit...
aku bertekad xkan pernah menyerah kalah.
aku semakin 'heartless'.
tak mahu lagi dikecewakan sedemikian rupa.
namun kini....tarikh itu semakin hampir.
semakin ia mendekati aku...semakin aku terasa kerdil.
dan kini...aku baru sahaja mengecewakan perasaan seseorg.
maafkan aku.
bukan niatku utk mengecewakanmu...cuma aku takut.
bukan aku tak sayangkan ape yg aku miliki kini.
cuma..aku tak mahu menjalinkan perhubungan demi utk membalas dendam.
skali lagi...maafkan aku.
aku kini...bukan seperti aku yg dulu.
aku kini semakin liar...
malah aku sendiri merasakan yang aku sukar mengawal diriku kini.
aku melakukan apa sahaja semahuku.
kau terlalu baik untukku.
aku tak mahu kau disakiti.
lebih2 lagi aku yang menyakitimu.
aku tahu...kau akan kecewa bila mengetahui perkara duduk yg sebenar.
demi kebaikan bersama....
aku pohon..kau relakanlah segalanya.
biarkan aku pergi...benarkan aku dengan caraku......

Wednesday, April 8, 2009

G.E.D.I.K

suatu ketika dulu...dia pernah rapat dgn aku.
dulu katanya...aku nie sukar untuk dimengerti
apa mahuku...
namun kini...dia katakan yg dia cukup mengenali aku.
malah katanya....aku nie gedik or pape la yg sewaktu dengannya.
buat pengetahuan kamu....aku xpernah berubah!!!!
memang aku sedar....cukup sedar diri
aku tak layak berada dikalangan perempuan yang cantik dan hot..
namun...bukan jenisku terhegeh2 pada lelaki.
kamu tak tahu...maka kamu menuduh aku semahumu
kadang-kala kita kena ingat...
apa yang kita lihat...tak semestinya apa yang sedang berlaku
aku tak mahu membebankan masalahku dibahu orang lain...
pernah dulu aku dikatakan hanya mengingati kawan bila dalam kesusahan.
bukan itu niatku.
Demi Tuhan..
padaku...teman....adalah suatu anugerah yg tak ternilai harganya
kini...walau apapun alasanku...aku harus hadapinya sendirian
tanpa kamu mengetahui....
dalam sedar...aku telah lama kamu sisihkan dari hidupmu...
kini...aku mohon...
janganlah kamu kembali dan hanya menunding jari padaku
andai aku katakan yang aku gembira dengan segala hinaan yang org lemparkan padaku...
maka...aku bukanlah manusia yang normal.
namun...hanya ucapan terima kasih yang mampu aku ungkapkan atas segala penghinaan yang aku terima


TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA!!!

Tuesday, March 31, 2009

aku dan rahsia HATI

selagi diri ini bernyawa...masih lagi bernafas...perkara yang satu itu masih jua akan terus2an menghantui setiap dari kita. sebuah rasa yang tidak tegar untuk berjauhan walaupun sesaat cuma.

perasaan itu...tidak selalunya indah. rasa itu....tidak selalunya menyamankan hati yang panasnya kadang kala menjengah ke suhu air yang sedang menggelegak di dalam cerek. kenapa?? mengapa boleh jadi begitu?? kalaulah aku boleh........ semua tue selalu berlegar-legar di dalam sana...otak.

namun tidak semua persoalan menemui jawapan yang tepat dan memuaskan. malah kadang kala jawapan yang diperolehi amat memualkan. aku kerap kali buntu...bila setiap persoalan tak mampu aku ungkai. itu mendatangkan sebuah lagi perasaan....berbelah bahagi.

manusia pentingkan diri....akukah itu??? bukan tak mahu setia seperti setianya Balqis kepada Sulaiman. namun hati itu menjerit kuat...jiwa itu meronta meminta sedikit ruang. bukan niatku nak pentingkan diri sendiri. cuma...jiwa itu kacau...perasaan itu berlari kesana kemari melanggar setiap ruang tubuhku.

apalah hebatnya apa yang terpapar di ruangan mata berbanding dengan apa yang telah lama menduduki hati ini. aku tak pasti.....namun kegirangan itu melonjak tiba-tiba. senyuman itu seolah menjadi milik aku setiap saat.

ahhhh....aku benci rasa itu....segalanya bercampur menjadi satu...telah aku cuba petik satu untuk kekal menghuni ruang perasaanku. namun hingga kini...aku masih gagal. di mana tempangnya....

Wednesday, March 25, 2009

PERPISAHAN TERASING

BUKAN MAHUKU HANCURNYA ASMARA MENJADI DEBU.
BUKAN PINTAKU, TAKDIR BERSERU KAU BUKAN LAGI KEKASIHKU.....
jika ini kisah cinta, ia adalah hikayat terhebat & anugerah jiwa terindah yang paling menyakitkan.
setelah jauh bertatih, berjalan dan jatuh...kemudian bertongkat bangkit menongkah takdir.
segagah kudrat...sekuat azam aku pertahankan.
namun kalau sudah tiba detiknya simpulan cinta ini terlerai, aku hanya mampu pasrah. berserah...
aku sambut tenang muktamadnya takdir percintaan yang pernah aku miliki tanpa membebankan khilafnya kepada sesiapapun.
siang dan malam kini adalah satu.
sesaat masa terluang, berabad jiwa ini merasa kekosongan.
sayangnya,tidak semua mata hati menyenangi ceritera cinta ini.
masakan pipit selayaknya terbang bersama enggang.
manakan mungkin belacu disanjung tinggi seperti sutera.


p/s: bbukan niatku sengaja mahu kalian turut serta berkabung pada rasa kehilangan yang aku tempuhi. sungguh!! aku hanya mahu memberi pengertian kepada sesiapa yang sudi mengerti.

Monday, March 23, 2009

Tagged

1. ciri lelaki idaman anda:
-humble
-bukan seorang yang TANGKAI JERING
-penyabar (sbb aku sgt suka buat org lain marah!!)
-athlete / musican (tapi xdapat pown!!)

2. lelaki yang tidak pernah anda minati sepanjang hidup:
-cakap besar
-prasan macho
-blagak dgn harte pinjam
-MAT REMPIT!!

3. perasaan anda sekiranya keluar dgn orang yang anda minati:
-hepi larr....raser cm xnak balik je. nak tengok muke die puas2. walaupun sekadar duduk lepak kat kedai mamak...rase enjoy je...bahagia...n lgsg terlupa apa itu buhsan. lalalala~


4. tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda:
- Taj Mahal....menyemai cinta sebagaimana sebuah kisah percintaan pernah bersemi disitu dolu2. hehe~


5. barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia:
-bantal busuk aku (kalu die nak la kan. tapi dah lame aku xde bantal busuk.ngeeee~)

6. Tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda:
aku xtao nk nyanyi lagu pe utk die...sbb lagu2 yg aku mnat...smer sdey!!
-tak bisa memilihmu (6ixth sense)
-lips of an angel (hinder)

7. Individu yang anda tag dan mahu mereka buat 6 perihal ini.
-xde....

Thursday, March 12, 2009

TAK bisa MemiLihMU

telah jauh terpisah ...diriku dan dirimu
dalam ruang dan waktu...
sendiriku jalani sepiku...tanpa dirimu
resahku...tanpa hadirmu
sungguh berat hatiku....tuk merasakannya
salahku mencintai...dirinya saat jauhku terpisah
darimu dan hadirnya menyentuh hatiku..
tuk cintainya...
hatiku...pun inginkannya
hingga runtuh setiaku...pada dirimu....
ku sakiti...hatimu yang tulus mencintaiku......
maaf ku tak bisa...memilih dirimu
kerna ku terhanyut...mencintai dia
inilah salahku...yang memberi ruang
di dalam hatiku...tuk mencintainya
(terhanyut jiwa ini....terjatuh dihatinya)

Wednesday, March 11, 2009

aku, durian dan ikan keli

awal mula pertama mula..disitu aku mengimbas semula titik tolak permulaan aku meluahkan segala rasa..mencurahkan segala prasangka.

dlm ralit membaca komen...aku terpandang ayat

'NO IKAN KELI'
penggemar durian...dan penggemar ikan keli....masing2 mempertahankan kegemaran masing2. mmg btol...aku kalah dek kerana ramai sgt penggemar ikan keli. huh!! aku pasrah!! tapi xmungkin berserah.

minggu lepas...aku pulang ke kampung di mersing. sempat juga bermalam di segamat. sampai shj...(xsempat duduk pown!!) tros aku menanyakan mak cik aku. mane lar tao kalau2 pokok durian kat blakang rumah tu dah berbuah. tapi...baru berputik.
hAmpA~
bukan takde kat bangi nie. tapi kepintaran aku hanya pada kertas....mengira dan menghafal. namun dalam bab durian...aku masih MBA (masih belum apa2). makan je reti. nak kopek...tak tahu.
ikan keli?? acap kali aku dimarahi oleh teman2 kerana setiap kali mereka mengambil ikan 'itu'....aku akan berkerut seribu. bukan maen2. sungguh!!! tekakku kembang.
rindunya aku nak menikmati durian. namun...aku lebih rindu kepada suatu kenangan yg telah lama aku tinggalkan.
maaf. aku tahu dan aku kenal benar dgn hati itu. namun...sekali parut hinggap dihatiku....selamanya ia akan menjadi teman hidupku. kini...laluannya dah jauh menyimpang. akan aku teruskan jua tanpa menoleh lagi......

Wednesday, March 4, 2009

aku perlukan hiburan.....

bangun pagi....bersiap tuk ke klas.
NERVOUS!!!
hari nie...ada presentation + interview
presentation itu sgt menggusarkan. bkn aku je...malah seluruh ahli kumpulan aku.
kerna dari kump. yg pertama...mereka sgt mengagumkan (lelaki plak tu - lagi la kagum).
tapi yg pasti...bkn student fakulti aku la kan~
presentation yg simple...tapi menarik. energetic.
ahli kump. aku....kiranya semua blh bercakap.
pada aku....xkan ada sebarang masalah yg berkaitan itu.
tapi...gara2 group sblm kami yg dengan pandai nyer mengambil masa selama 1 jam...utk presentation mereka...
Dr. Baharu itu telah kehilangan moodnya!!
sblm memulakan presentation...kami telah di "HENTAM" oleh org tua itu.
hanya kerana terlebih rajin.
aiyooo...rajin pon salah. malas lagi la salah.
die minta print out slide sahaja tapi kami2 yg rajin nie...siap wat full paper tuk die.
itu pon salah!!!~

komputer...tak berfungsi dgn baik....kami jugak yg disalahkan!!

lagi sekali....
aku sudah merasakan darahku tersirap dimuka.
dengan hati yg bengkak...aku mengambil alih tugas Yana.
aku membuat sesi penggulungan.
"sekian sahaja presentation kami selama 30 minit"
merupakan ayat terakhir yg keluar dari mulut aku.
ape lagi...satu dewan kuliah dipenuhi dengan derai tawa
kebengangan yang meluap2 telah membuatkan mulut aku tercabul dengan sendirinya!!
hah!! amek ko!!
die dengan slumberland nyer...bagi B je utk presentation kitorang.
group pertama dari 12 group yg telah buat presentation.
lagi aku panas hati!!
before nie....ader group yg lagi hampeh dari kitorg....but yet....paling trok pown dapat B+.
hanye kerana die bad mood....takkan la kitorang yang jadi mangsanya!!
dan aku...dengan hati yg kering....
keluar dari dewan kuliah ketika die tgh bercakap yg tah pape kt depan tu.
aku sgt malas nak mendengar.
seterusnya...aku menuju ke tmpat interview!!
sekali lagi malang menimpa.
aku yg ayu nie (aku tao la aku xayu...cuma hari nie aku berbaju kurung)...terpaksa menapak ke tingkat 5 dgn menggunakan tangga!!
lif ROSAK!!
OMG.....rase macam nak menyumpah seranah je...
tapi masih boleh bersabar.
interview???
kite tunggu dan lihat.

Monday, March 2, 2009

aku ke...kamu ke....

aku dan kamu....bagai laut itu
mana pantainya???
aku dan kamu....bagai bumi itu
mana udaranya???
aku dan kamu....bagai bulan itu
mana pungguknya???
aku dan kamu....bagai mimpi itu
mana jaganya???
namun aku pasti......
aku dan kamu....bagai hidup ini
yang mampu mengukir kenangan
aku dan kamu....bagai musim itu
yang mampu mencipta kematangan
aku dan kamu....bagai kembara itu
yang mampu menggapai kenyataan
kerna kita seadanya manusia semata-mata....
juga mahluk Tuhan

Sunday, March 1, 2009

Kind of LOVE


It was a busy morning, about 8:30, when an elderly gentleman in his 80's arrived to have stitches removed from his thumb. He said he was in a hurry as he had an appointment at 9:00 am.


I took his vital signs and had him take a seat, knowing it would be over an hour before someone would to able to see him. I saw him looking at his watch and decided, since I was not busy with another patient, I would evaluate his wound.
On exam, it was well healed, so I talked to one of the doctors, got the needed supplies to remove his sutures and redress his wound.While taking care of his wound, I asked him if he had another doctor's appointment this morning, as he was in such a hurry.


The gentleman told me no, that he needed to go to the nursing home to eat breakfast with his wife. I inquired as to her health. He told me that she had been there for a while and that she was a victim of Alzheimer's Disease.



As we talked, I asked if she would be upset if he was a bit late. He replied that she no longer knew who he was, that she had not recognized him in five years now.


I was surprised, and asked him, 'And you still go every morning, even though she doesn't know who you are?' He smiled as he patted my hand and said,


'She doesn't know me, but I still know who she is.'


I had to hold back tears as he left, I had goose bumps on my arm, and thought,'That is the kind of love I want in my life.' True love is neither physical, nor romantic.



True love is an acceptance of all that is, has been, will be, and will not be.


The happiest people don't necessarily have the best of everything; they just make the best of everything they have.


'Life isn't about how to survive the storm, but how to dance in the rain'
p/s: With all the jokes and fun that are in e-mails, sometimes there is one that comes along that has an important message. This one I thought I could share with others

Tuesday, February 24, 2009

aku dipanggil untuk interview???

3.40petang:

aku masih lagi dalam keadaan blur. act...aku baru jer kuar dari exam Ekonomi Malaysia pukol 3.20 tadi. masuk je lab...hanpon berbunyi. orang tu tak reti sebut name aku larrr....aku sangkekan membe2 yang sengaje nak main-mainkan aku. rupenya panggilan tue dari satu syarikat yang meminta aku untuk pergi interview!!! nasib baik aku tak marah orang tue.

next week!!! adoiyai....terkejut aku. terkedu sampe aku tak dapat tangkap name syarikat tu even orang tu dah sebut lebih dari 3 kali. dengan muke tak malunye aku suh orang tu eja name syrikat tu. sengal!!! wat malu kaum je.......nasib aku tak kena banned!!

2 kesalahan serius yang aku lakukan dalam mase tak sampai 5minit.

1-hampir-hampir nak mare orang tu
2-aku suruh orang tu mengeja name syarikat tu

tapi....orang tu pon wat salah gak:

1-tak reti sebut name aku. sengal ubi!!
2-bley plak die tersalah eja name syarikat tmpat di kerja 2 (nasib tak kene gelak ngan aku)

aku tak abes blaja lagi. nak kate result gempak.....macam tak je. malah pada aku....result aku lagi worse dari matrix dulu. kate umi....maen banyak. kate ayah.....berjalan kuat sangat. aku tak nafikan. tapi dah aku nie kan mane reti dok diam2.

yang pasti....aku cam blur lagi ni...ntah ape nak wat. jawatannye bunyi macam best...financial advisor. tapi aku kene check dulu lar kot. serve kat tenet dulu. takot nanty biler dia tanya....aku nganga

Monday, February 16, 2009

Aku tengah berusaha la ni!!

sejak masuk ke UKM 3 tahun yang lepas....hanya teman2 yang mengenali aku sejak dari hari pertama sahaja yang berpeluang nengok aku berambut panjang. kan...kan...kan...btol nie...aku bukan senang nak simpan rambut panjang. seumor hidup aku....hanya 3 kali je rambut aku melepasi paras bahu. hehe~

tapi....tak la sepanjang mase aku berambut pendek. yang sedang2 je. ahakz. bukan menjadi tren.... tapi macam dah jadi habit..... biler frust jerk... aku akn g saloon utk gunting rambut. pernah sekali...aku menggunting rambut HAMPIR botak!!! tapi bukan sebab frust... sebab dianiaya oleh seseorang.

kini....aku kembali berusaha membela rambut yang pada aku sangat lambatlah nak ditumbuhi. aku pernah berjanji dengan teman2 suatu ketika dahulu yang aku takkan mengguntingnya sampe graduation day!!

bley caye ker??? haha~ aku pown tak tao le. tapi yang pasti aku tengah berusaha. dah melepasi bahu pown!! tapi....lepasi bahu version aku la kan....nipis ya amat. rimas. tak pe..... lihat je nanty.... akan aku buktikan.... dan akan aku bagi korang lihat.... aku berambut panjan. ngeeee~

Wednesday, February 11, 2009

Titian MALANG

dah lame tak ade entry baru kan???
baru minggu lepas aku tergelakkan seorang teman yang mana hanponnya terpakse masok workshop. jahat kan??
tapi...malangkan tak berbau.
nie larrr nak cerita nie...aku xde entry baru...bukan sebab bz (memang takkan nyer!!). tapi sebab laen.
Laptop rosak.....
huwaaaaa....
aku dah g tanye kedai. RM600-RM800 kot!!! adoyai....bley kayap aku camni. baek aku beli baru....
nampak gayenye...aku terpakse la meng'extend' plan nak kuar keta pas final nirh!!!
dan...aku bakalan dileteri oleh 'si penaja' . tapi bukan salah aku pown!! serius!!!
ntah la~
dari malam tadi aku terasa biul. huh!! ape la malangnye nasib...

Friday, February 6, 2009

sahabat dan kekasih

apalah diharap sayang....
kasihnya orang....orang tak sudi
boleh ke....sahabat menjadi kekasih??
atau dulunya berpacaran tapi kini menjadi teman??
sebuah persahabatan yang telah lama terjalin mesra...adakah kemesraan itu akan terus kekal andai si sahabat menjadi kekasih??
untuk orang seperti aku...yang anginnya datang menderu...aku rasakan agak sukar menerima sahabat menjadi kekasih. kerna aku tak mahu merosakkan ikatan yang telah terbina.
'bekas kekasihku kini menjadi sahabat'. mesti pernah dengarkan?? sesetengah orang...memang tak mahu ada walau secebis perhubungan. orang yang sebegini sebenarnya takut dengan memori silam.
padaku...aku boleh terima keadaan sebegitu. suatu ketika dulu dia pernah menjadi orang yang paling aku kasih dan percaya. walau kasih itu telah tiada...kenapa perlu dikorbankan keserasian yang pernah wujud??
betol kan???

Wednesday, January 28, 2009

Tragedi.....

beberapa hari lalu dibangi...aku ditimpa malang. motor kesayanganku....ahhh~ sukar nak digambarkan. 1730 mase tue jalan raye tengah sibuk. tapi time 2 jugak lar aku nie gatal nak ke Kajang. aku baru abis kelas sebetulnye. nak carik hadiah....gitu le niat di hati. tapi...malang kan tak berbau.

dalam kesesakan jalan raye...aku pulas semaksima yang boleh (supaya cepat sampai). lebih tepat...aku benci kereta yang berderetan. dalam kelajuan yang hampir maksima...tetiba motor mati. tengah jalan!!! dia buat dah!!!


baru aritu si Faris suggest aku jual motor 2. aku sayang weyh!!! aku kompem...plug aku longgar (penah jadi kat highway dulu....). tapi tu lar...aku nie sengal ubi. mane penah g servis motor (slalo ayah yang bwk g servis. hehe~). jadi...tangan je yang itam...tapi plug xjumpe2.

sekali tue...motor hampir hidup...tapi aku terpulas trotal berlebihan...motor meluncur kedepan sendirian...dalam keadaan terkejut...aku pown brek la...ape lagi...terhumban motor ke tanah (jatuh la tue!!!sengal!!). dan yang paling best....motor 2 jatuh menghempap aku...haha~ maha perit....macam nak patah kaki. berat wooo~ mujur time 2 aku bukan kesorangan.


dalam kebingungan...hanye beberapa name yang berlegar dalam otak aku...namun...hanye seorang yang aku yakin. awek tak marah...mengungkit pon tak. Apis!! thanx dude!! klu die takde...ntah la...

Apis...aku knal dia dah lama. macam dia pernah cakap...sebelum sesiapa nak jadi bf aku...berguru dulu dengan dia. btol!! memang dia paham aku. kekadang bingung melayan aku....aku tao 2...haha~


balik ke cerita asal....selepas tunda motor ke rumah dia...aku guna motor dia pegi Kajang. dah niat...tak elok tangguh. keesokkan harinya...baru aku berkesempatan hantar motor ke bengkel. sekali lagi...nyusahkan orang (Apis lagi...dan wanie~gf die).


btol kan ape aku cakap...plug!!!!! arrrggghhhh...aku habis puluhan ringgit...sebab bengkel tue bengong!!! abis segala motor aku ditanggalkan. sampai togel. saje lar tue nak makan duit aku...mentang2 la aku nie pompuan. hampeh!!

Wednesday, January 21, 2009

Jatuh C.I.N.T.A

pada khamis minggu lalu...aku pulang ke rumah menghantar kereta kerana pada keesokkan harinya aku akan ke penang bercuti bersama teman2. tak ramai...kami hanya berlapan dengan 3 biji kereta. yupz...mungkin hanya ke penang yang pada sesetengah orang tidak apa yang boleh di cari di sana. namun tidak pada aku. aku jatuh cinta pada kunjungan aku yang pertama ke sana.


ketika tue...aku berada pada tingkatan 4. ikut rombongan sekolah. biasalah, budak2...excited. kali pertama aku merasai nasi kandar. tros aku nekad...aku mahu belajar di sana. supaya aku selalu dapat makan nasi kandar.


usaha yang tak seberapa...result SPM keluar. okey larr...walaupun aku xberapa puas hati. masih melayakkan aku ke matrik. penang menjadi pilihan pertama. dan aku berjaya di tempatkan di Matrikulasi Pulau Pinang, Kepala Batas (macam hebat je kan??tapi tak pown).


setahun di sana...aku tak pernah jemu menghadap nasi kandar setiap kali outing. minggu lepas...sejarah berulang kembali. sampai jer di sana...aku terus mengadu sakit perot (supaya mereka2 itu carik kedai makan. hehe~). nasik kandar...hampir sepinggan aku belasah. sedapppp!!! yummy~


menyewa aparment di batu ferringhi (aku terlupa yang aku sensitif dengan angin laut)....aktvt dipenuhi dengan merayap. mencari buah tangan utk orang di rumah. dari siang berjalan...membawa ke malam. penat...tapi seronok. malam 2...aku & teman2 sekali lagi melantak sakan. tak sah kalu xpergi ke padang kota. aku dan 'gomok' manghabiskan pasemboq sebesar 1 pinggan nasik tambah. sotong kangkung lagi. huh~ pecah perot. duit habis...tapi puas hati (aku tak pnah makan camtu punyer banyak. series.).


balik semula ke apartment...igt nak bersantai2 sementara menanti 3pagi. ader party di salah satu kelab di sana. tapi mata nie dah xtertahan ngantuknya. beberapa teman asyik melayan syisya (btol ke aku eja??) yang dibawak dari KL. aku?? selamat...Zzzzz. party?? ntah ape jadi...


hari ahad menjengah tiba. nak balik dah??? on the way balik...sempat jugak singgah di lake town....main bumper car (1st time kitorang tengok mawas kena langgar!! ahakz!!). kemudian ke taiping...bergambar di zoo...(cam jakun jerrr) tapi dah alang2 sampai. tapi aku tak selesa...perot masuk angin. nie la masalahnye setiap kali aku bermalam di tepi laut.


sampai sahaja di Bangi...jam menunjukkan pukul 3pagi. lenguh seluruh tubuh. mata dah laparkan tilam & bantal....apa lagi....selamat malam cinta.....

Wednesday, January 14, 2009

aku dan kenangan

kereta itu...putih warnanya. dengan kebenaran sang ayah...kereta itu kujadikan tunggangan ke kolej buat sementara. namun ke kolej cuma. bukan ke kelas. kerna..si roda dua telah ku amanahkan untuk membawaku ke sekitar dan ke kelas terutamanya.

apalah gunanya andai kereta itu dibiarkan dibawah terik mentari tanpa ditunggangi. dek kerna kasihkan dia...dan kerana masalah yang melanda dirinya, kereta itu telah pun bertukar tangan. biarlah aku membantunya andai termampu. mungkin kini telah tiba masaku untuk menghulurkan bahu...memikul beban yang tak seberapa. andai dulu dia pernah menghulurkan lengannya untukku berpaut...dihulurkan bahunya kepadaku untukku jadikan tempat meluahkan rasa...dipapahnya aku untuk bertatih didunia yang maha asing...kini apalah sangat pertolongan kecilku.

jujur...aku tak pernah meminta apa jua balasan darinya. andai pernah kuluahkan kata yang membuatkan dia terluka...hanya maaf yang mampu ku pinta. aku perlukan masa...kerna aku belum bersedia. perubahan yang dipinta...terlalu berat buatku. namun bukan tandanya aku tak mahu.

kadang-kala...lucu rasanya. sebuah kisah...mampu mencipta sebuah kenangan. sedikit salah paham...mampu mencarik kebahagiaan. namun...itulah kehidupan. andai roda itu berputar...begitulah juga dengan putaran kehidupan.



p/s : semalam...seseorg membawaku ke KL utk aku melunaskan hajat membeli sesuatu. namun 'sesuatu' yang aku idam2kan itu telahpun habis. dalam kereta...berlakulah sedikit pertelingkahan yang padaku taklah seberat mana. namun akhirnya aku bertindak turun dari kereta kerana tidak tertahan lagi mendengar leteran si 'gomok' itu. tak tamat lagi ceritanya. dia pulak bantai berhenti di bahu jalan...dan bertindak meninggalkan kereta di situ. sengal!!!

Saturday, January 10, 2009

rezeki itu pemberian dari-Nya

aku pernah punya cinta...memiliki perasaan bahagia...
sampai suatu ketika...semuanya hilang dalam sekelip mata.
mulanya...aku tak mampu nak terima. kurasakan segalanya begitu asing padaku.
namun akhirnya aku redha. pasti Dia ada agenda yang lebih baik buat diriku. tidak lagi aku toleh kebelakang. biarlah segalanya berlalu. sejak itu...aku lebih banyak menghabiskan masa dan duitku dengan berjalan....melancong dan bershopping. seronok.

.....tiada lagi cinta...tak perlukan cinta atau kasih mesra......

siapa kata aku tak enjoy??? tu...citer sem lepas. sem nie...alhamdulillah. rezeki makin murah. semakin mencurah. aktiviti berjalan masih macam biasa. arie nie...aku memborong sakan dengan umi. huhu~ sampe tak masak kat umah. riban gak abis. huh!! klu slalo camni...bley bangkrup.

Friday, January 9, 2009

THESIS: makanan halal.......

bila bukak jer criter pasal thesis...aku tros raser cam nak demam. takot seyh...camner la klu xsempat siap.tapi harap2 siap la. oleh sebab itu, aku terpakse push diri aku utk ikut jadual. agar tak terlalu main2.

kini..aku tgh carik bahan utk dimuatkan ke dlm thesis aku. sekitar makanan halal. act....aku still lagi mencari tajuk yang sesuai. cadangnye nak wat dari sudut pengguna. so...bley wat questionaire. nanty senang ckit nk wat huraian. juz based on result questionaire 2 jerk.

semalan...setengah hari aku di library n pusat sumber fakulti (rajin kan???). mencari bahan2 yang mampu membantu aku membuat thesis. tapi tak banyak yang dapat membantu. kate penyelia aku...search dari internet. aku menghadap laptop nie sampe kol 5.30 pagi.tapi ape bahan pown tak pat. maner tak nye....lain keje yang aku wat. hehe~

hanpon baru??? nak jugak!!!

aku raser...hati aku sangat jahat.tersangat....
sem nie....aku gelar...."sem tekno"
bebudak nie cam kaye jerk....smer membe2 ako pakat tukar hanpon.
adoiyai...jelesnyer...
aku traser cam nk beli jugak jerk....hehe.
aku teringin sgt satu hanpon 2.
dolu...aku pernah manghasut seseorg tuk beli hanpon tue...dan dier telah membelinye.
wakaka~ sangat jahat.
kini...member2 aku telah membeli hanpon seumpama itu.yang old fashion ckit lar..tapi still slide.
huh~jeles....jeles....
ishh...jahat btol atie aku nie.
tapi ok lar kan....sem nie aku tak bershopping.
bukan da tukar hobi....juz takde pape yang baru....smer old stuff.buhsan la plak.
so....tak salah klu aku pi rembat 1 lagik fon.
mgkin beli 3 skali kot...ntah2 lebey.haha~
1 utk umi....1 utk adik...1 utk ako....1 utk...oppss~jgn harap!!

Wednesday, January 7, 2009

aku benci orang yang perasan hebat

dia hebat....namun menjelikkan.


aku rasa...pasti ada yang akan setuju dengan kenyataanku. pada pandangan mata kasarku...mahupun pandangan secara telus...kata2nya kadangkala sukar tuk difahami. untuk mengerti...aku rase jauh sekali (sebab aku tak pernah betul dalam meneka tulisannya). namun bukan itu yang cuba aku sampaikan.

mulanya aku kagum. penyampaiannya bagus. cuma aku terkilan...kerna dia rasa dia sebagai raja. bebas menghukum sesiapa sahaja. teknik penyampaian yang menarik. tapi sayang....dia terlalu banyak yang tak puas hati dengan manusia lainnya. mengapa??

aku termanggu...kadang terkedu. dia rasa dia hebat atau apakah?? sehingga begitu taksub mengutuk...serta merendah2kan orang lain. hebat....memang dia hebat dalam menilai kekurangan orang lain. semua orang tak sehebat dia. tapi...sampai bila??

namun aku terperasan sesuatu. dalam kemegahan dirinya....ada terselit ketakutan. dan ketakutan itu....yang cuba dia lupuskan dari pandangan mata orang lain. pada aku....kalau benar dia hebat....kenapa perlu disorokkan kelamahan diri. bukankah seharusnya orang sehebat dia takkan ada kelemahan???

P/S: hukum alam....tiada siapa yang mampu tandingi. sehebat dan sebaguz manapun kita....pastinya jalan yang dilaui ada liku tersendiri.

Final Year...Thesis...Arrghhh!! Stress!!

blog nie...bermula dalam keadaan diri aku yang huru-hara.
tercipta sebagai pengganti kepada teman bicara.
aku senang.
bercerita ape saja. tak ada yang merungut.
kini...aku KRITIKAL.
berada dalam tahun akhir pengajian belum menjamin pekerjaan.
krisis ekonomi kian terasa.
dalam tempoh yang hanya tinggal beberapa bulan lagi..aku perlu menyiapkan thesis.
runsing.
tak senang nak menyiapkannya.
banyak tenaga yang perlu diperah disamping komitmen yang tinggi.
sekali lagi..aku bakalan muntah.
asik berumah di pusat sumber selain daripada library.
aku rasa...akar rambutku dah mati. agaknya la.
sebab tak reti-reti pulak nak panjang rambut nie.
nie semua gara-gara stress.
ahh...kalau suruh aku buat hipotesis..nie la jadinya.
yang pasti..aku perlu tabah.
semoga hari esok akan lebih indah dari semalam.

Monday, January 5, 2009

Tahun Baru dan Azam...Perlu ke??

selepas 5 hari melepasi tahun baru...aku baru berkesempatan menekan papan kekunci. bz ker???tak lah. cuma tak sihat. sejak 30 Dis aku kmbali ke UKM...demam tak kebah2. dalam kesibukan menghadapi permulaan semester...bapa saudaraku telah pergi menghadap Ilahi. dalam keadaan yang tak bape nak sehat 2...aku gagahkan jua diri ni memandu sampe ke Sg. Petani. penat.


bila tiba tahun baru...semua org sibuk buat azam baru.azam je....tapi yang lame blom tentu terlaksana. kalau aku...aku membuat azam setiap kali bukak sem baru. azam sem lepas dah tercapai...huhu~


tahun baru...banyak benda nk kena pikir. byk tempat yang nk dituju. byk jugak duit yang perlu mengalir keluar. awal sem macam nie...makanan kat kafe tak laku...shopping complex penuh...biase lar...loan kluar. aku....da penat pusing satu kl. tapi tak banyak yang aku berkenan...itu tandanya...aku tak banyak berbelanja. huhu~

SALAM TAHUN BARU!!!