Friday, October 24, 2008

aku bukan boneka

aku buhsan!!
aku buhsan dengan sikap kamu!!!
aku buhsan dengan penipuan demi penipuan yang kamu lakukan!!!


acap kali aku mengingatkan...jangan cuba mencabar kesabaran aku.kesabaranku yang tinggal hanya senipis kulit bawang. bukan sehari dua kita berkenalan. dan bukan sedetik cuma aku menghafal segala tindak tandukmu. jangan paksa aku merungkai segala-galanya. bila aku melakukan itu...maka semua kenangan lalu sudah tiada lagi maknanya padaku.

jangan kau pujuk aku lagi. aku dah buhsan. kerna aku tahu...kau takkan pernah berubah. aku telah lama merelakan segala-galanya. kata-katamu sudah tiada ertinya lagi padaku. lepaskan aku. jangan kau cuba utk menggenggamku. biarlah aku dengan cara hidupku. aku punya caraku sendiri.

Wednesday, October 22, 2008

bila senyum itu menjadi satu kesalahan.....

SELASE...11.00 pagi

klas PEA(penghantar ekonomi antarabangsa)..adoiyai....aku paling malas nk g klas nie...dalam klas nak kene serius memanjang.bukan prangai aku camtu...tapi disebabkan lecturer (En. Shukri) tue kelam-kabut macam sotong...membuatkan aku tak putus2 nak tergelak.

dengan semangat yang nyawe2 ikan tue...aku pasrah. kalu aku tak pegi..nanti aku tak paham. kalu pegi...bukan paham sangat pown. ngeeee....

macam biasa...aku duduk antara Ima dan senior gileku...Hafis. bile dah bertiga...macam2 yang nak di buat. setiap kelas...kalu tak kene tegur ngan lecturer...memang tipu la tue. hafis....tak habis2 dengan perangai die yang suker mengajuk lecturer. ima??? die sentiase blur. dan aku...asik tersenyum...geli hati.

tapi semalam...agaknye orang tue 2 terperasan kot sebab aku asik tersenyum. ade ke patut die suroh aku berdiri n ceritakan kat kelas sebab musebab pe yang buat aku geli hati sangat. hampeh!! telinga aku mule la nak panas...tanpe sedar...aku menjawab kata2nya..."takkan saye nak senyum pown tak boleh...lagipun...klu nak tersenyum kene ade sebab yang kukuh dulu ke??". dia tros diam...dan meneruskan kuliah.

panas jugak hati nie...sampai nak senyum pon dah tak boleh..

Tuesday, October 14, 2008

kau dan EGO

eA : aku akan terima seadanya dia. walau apa pun yang pernah dia lakukan kepadaku. aku sakit bila lihat dia kecewa.

cB : lupakah kamu??? dia tinggalkan kamu demi memilih org lain!! jangan jadi gila..

eA : aku sudah menunggu 4 tahun lamanya. kalau dulu aku sanggup...kenapa kini tidak??

cB : berilah dirimu ruang utk kamu gembira wahai teman. jgn hancurkan dirimu sendiri. si dia belum tentu menghargai pengorbananmu ini.


TAPI.....
itu semua dulu. dulu...kau jua yang teguh mempertahankan perasaanmu. tegar melihat dirimu musnah sedikit demi sedikit asalkan dia gembira.

namun kini....semuanya sama sekali tak sama dengan prinsipmu dulu.kemanakah hilangnya semua itu?? kau kini lebih gemar berfoya2...lebih gembira dgn menyakiti perasaan orang lain...

kenapa?? inikah yang kau mahukan?? hidup menongkat langit....gembirakah kau begitu??

tidakkah kau perasan...ada insan yang terluka dengan caramu???



Lumrah Alam

"stiap manusia itu pasti akan berubah....cuma masa yang akan tentukan"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
confused??!!!

Thursday, October 9, 2008

Aku Yang Terleka

derai tawaku menjadi penyeri bintang di langit
binar mataku cahaya di jiwanya
dia...labuhan hatiku
namun kukencundang jua
adakah seorang insan yang mengerti..
apakah erti kasih ini…??
pernah kucari erti cinta sejati
namun yang kutemui hanyalah mimpi
suatu mimpi kosong yang tak bertepi.....
Semoga...
sayap patahku
cukup menghangatkan pangeran hati
yang melambungkan bahagiaku
meneduhkan di saat diri ini telah merapuh

Wednesday, October 8, 2008

terAKHIR kali..

"tidak perlulah kamu jaja lagi perasaan itu..."

>>> misunderstanding atau apakah??? seingatku aku bukan begitu. menjaja perasaan sendiri?? adakah itu aku???huh!!~



"aku tidak ingin memahami kamu lagi.."

>>>aku tak pernah meminta jauh sekali utk memaksa org lain memahami aku atau apa yang aku mahu.



"tidak ingin lagi ku mahu tahu kedegilan kamu.."

>>>aku dan kedegilan...memang dah jadi kuku dan isi. namun aku tak pernah menyuruh sesiapa utk mengambil tahu...


yang sudah 2....SUDAH!!
>>>terkadang....bicaraku acap kali terbabas dan menyakiti orang lain. andai aku yang menjadi punca kepada kelukaan orang lain...seribu kemaafan dariku. padaku....aku akan muhasabah diri sendiri sebelum aku menunding jari ke arah orang lain kerna aku sedar...aku tidaklah sempurna. berhentilah. biarlah segalanya terhenti di sini. tak perlulah dihangatkan lagi keadaan. yang sudah 2...sudah!!!

Tuesday, October 7, 2008

aku dan kamu...



semakin sukar utkku berbicara...

semakin berat lidahku utk berkata-kata...

nafasku..sudah mulai tersekat.

kesabaranku kian tipis...

"Pelamin Anganku Musnah"...mgkin itu yg paling tepat buatmu. pendirian kita takkan sama. jangan kamu samakan aku dgn dirimu. bkn aku utk menunggu bulan jatuh ke riba. bkn caraku sekadar pasrah melihat diri ini rebah menyembah bumi dek perbuatan org yg kita sayangi.

"kamu sukar dimengerti"...itu kata mu. org lain juga begitu. aku tak salahkan sesiapa. dah memang aku begitu...

kata umi..aku miliki kedegilan yg sukar utk dilentur. namun bagiku...hanya kesabaran yg berjaya mematahkan kedegilanku...

padaku...kita menerima seseorg biarlah seadanya dia.