pada khamis minggu lalu...aku pulang ke rumah menghantar kereta kerana pada keesokkan harinya aku akan ke penang bercuti bersama teman2. tak ramai...kami hanya berlapan dengan 3 biji kereta. yupz...mungkin hanya ke penang yang pada sesetengah orang tidak apa yang boleh di cari di sana. namun tidak pada aku. aku jatuh cinta pada kunjungan aku yang pertama ke sana.
ketika tue...aku berada pada tingkatan 4. ikut rombongan sekolah. biasalah, budak2...excited. kali pertama aku merasai
nasi kandar. tros aku nekad...aku mahu belajar di sana. supaya aku selalu dapat makan nasi kandar.
usaha yang tak seberapa...result SPM keluar. okey larr...walaupun aku xberapa puas hati. masih melayakkan aku ke matrik. penang menjadi pilihan pertama. dan aku berjaya di tempatkan di
Matrikulasi Pulau Pinang, Kepala Batas (macam hebat je kan??tapi tak pown).
setahun di sana...aku tak pernah jemu menghadap nasi kandar setiap kali outing. minggu lepas...sejarah berulang kembali. sampai jer di sana...aku terus mengadu sakit perot (supaya mereka2 itu carik kedai makan. hehe~). nasik kandar...hampir sepinggan aku belasah. sedapppp!!! yummy~
menyewa aparment di
batu ferringhi (aku terlupa yang aku sensitif dengan angin laut)....aktvt dipenuhi dengan merayap. mencari buah tangan utk orang di rumah. dari siang berjalan...membawa ke malam. penat...tapi seronok. malam 2...aku & teman2 sekali lagi melantak sakan. tak sah kalu xpergi ke
padang kota. aku dan 'gomok' manghabiskan pasemboq sebesar
1 pinggan nasik tambah. sotong kangkung lagi. huh~ pecah perot. duit habis...tapi puas hati (aku tak pnah makan camtu punyer banyak. series.).
balik semula ke apartment...igt nak bersantai2 sementara menanti 3pagi. ader
party di salah satu kelab di sana. tapi mata nie dah xtertahan ngantuknya. beberapa teman asyik melayan syisya (btol ke aku eja??) yang dibawak dari KL. aku?? selamat...Zzzzz. party?? ntah ape jadi...
hari ahad menjengah tiba. nak balik dah??? on the way balik...sempat jugak singgah di
lake town....main bumper car (1st time kitorang tengok
mawas kena langgar!! ahakz!!). kemudian ke
taiping...bergambar di
zoo...(cam jakun jerrr) tapi dah alang2 sampai. tapi aku tak selesa...perot masuk angin. nie la masalahnye setiap kali aku bermalam di tepi laut.
sampai sahaja di Bangi...jam menunjukkan pukul 3pagi. lenguh seluruh tubuh. mata dah
laparkan tilam & bantal....apa lagi....selamat malam
cinta.....