Wednesday, January 14, 2009

aku dan kenangan

kereta itu...putih warnanya. dengan kebenaran sang ayah...kereta itu kujadikan tunggangan ke kolej buat sementara. namun ke kolej cuma. bukan ke kelas. kerna..si roda dua telah ku amanahkan untuk membawaku ke sekitar dan ke kelas terutamanya.

apalah gunanya andai kereta itu dibiarkan dibawah terik mentari tanpa ditunggangi. dek kerna kasihkan dia...dan kerana masalah yang melanda dirinya, kereta itu telah pun bertukar tangan. biarlah aku membantunya andai termampu. mungkin kini telah tiba masaku untuk menghulurkan bahu...memikul beban yang tak seberapa. andai dulu dia pernah menghulurkan lengannya untukku berpaut...dihulurkan bahunya kepadaku untukku jadikan tempat meluahkan rasa...dipapahnya aku untuk bertatih didunia yang maha asing...kini apalah sangat pertolongan kecilku.

jujur...aku tak pernah meminta apa jua balasan darinya. andai pernah kuluahkan kata yang membuatkan dia terluka...hanya maaf yang mampu ku pinta. aku perlukan masa...kerna aku belum bersedia. perubahan yang dipinta...terlalu berat buatku. namun bukan tandanya aku tak mahu.

kadang-kala...lucu rasanya. sebuah kisah...mampu mencipta sebuah kenangan. sedikit salah paham...mampu mencarik kebahagiaan. namun...itulah kehidupan. andai roda itu berputar...begitulah juga dengan putaran kehidupan.



p/s : semalam...seseorg membawaku ke KL utk aku melunaskan hajat membeli sesuatu. namun 'sesuatu' yang aku idam2kan itu telahpun habis. dalam kereta...berlakulah sedikit pertelingkahan yang padaku taklah seberat mana. namun akhirnya aku bertindak turun dari kereta kerana tidak tertahan lagi mendengar leteran si 'gomok' itu. tak tamat lagi ceritanya. dia pulak bantai berhenti di bahu jalan...dan bertindak meninggalkan kereta di situ. sengal!!!

6 comments:

kaisu said...

hurm..
kes berat tu...
kamu mmg keras kepala seperti dulu..
heheheh...

bAbY_LeEcH said...

aku keras kepala ke??? hurm...cube kamo ulas kenapa kamo berkata sebegitu??

kaisu said...

wahahahha....
bukan baru tuk mengenali kamu...
aku tahu semuanya...
nampaknyer kamu sudah jumpa seteru kamu...
heheheh...
abisla..

bAbY_LeEcH said...

haha~ mungkin...tapi umat yang satu nie lagik dasat dari aku rasernya....

klu kami bercanggah pendapat...abis tangan aku dipulasnya....adoiyai...bley mati kering macam nie...huhu~

kaisu said...

wah!
lagi violent...
nampaknyer kamu perlu tingkatkan lagi kehebatan kamu..
gunakan kekuatan dalaman kamu..
ia adalah gerakan pemusnah kamu...

bAbY_LeEcH said...

ceh!! itu perli atau apakah??? atau...