Tuesday, March 31, 2009

aku dan rahsia HATI

selagi diri ini bernyawa...masih lagi bernafas...perkara yang satu itu masih jua akan terus2an menghantui setiap dari kita. sebuah rasa yang tidak tegar untuk berjauhan walaupun sesaat cuma.

perasaan itu...tidak selalunya indah. rasa itu....tidak selalunya menyamankan hati yang panasnya kadang kala menjengah ke suhu air yang sedang menggelegak di dalam cerek. kenapa?? mengapa boleh jadi begitu?? kalaulah aku boleh........ semua tue selalu berlegar-legar di dalam sana...otak.

namun tidak semua persoalan menemui jawapan yang tepat dan memuaskan. malah kadang kala jawapan yang diperolehi amat memualkan. aku kerap kali buntu...bila setiap persoalan tak mampu aku ungkai. itu mendatangkan sebuah lagi perasaan....berbelah bahagi.

manusia pentingkan diri....akukah itu??? bukan tak mahu setia seperti setianya Balqis kepada Sulaiman. namun hati itu menjerit kuat...jiwa itu meronta meminta sedikit ruang. bukan niatku nak pentingkan diri sendiri. cuma...jiwa itu kacau...perasaan itu berlari kesana kemari melanggar setiap ruang tubuhku.

apalah hebatnya apa yang terpapar di ruangan mata berbanding dengan apa yang telah lama menduduki hati ini. aku tak pasti.....namun kegirangan itu melonjak tiba-tiba. senyuman itu seolah menjadi milik aku setiap saat.

ahhhh....aku benci rasa itu....segalanya bercampur menjadi satu...telah aku cuba petik satu untuk kekal menghuni ruang perasaanku. namun hingga kini...aku masih gagal. di mana tempangnya....

Wednesday, March 25, 2009

PERPISAHAN TERASING

BUKAN MAHUKU HANCURNYA ASMARA MENJADI DEBU.
BUKAN PINTAKU, TAKDIR BERSERU KAU BUKAN LAGI KEKASIHKU.....
jika ini kisah cinta, ia adalah hikayat terhebat & anugerah jiwa terindah yang paling menyakitkan.
setelah jauh bertatih, berjalan dan jatuh...kemudian bertongkat bangkit menongkah takdir.
segagah kudrat...sekuat azam aku pertahankan.
namun kalau sudah tiba detiknya simpulan cinta ini terlerai, aku hanya mampu pasrah. berserah...
aku sambut tenang muktamadnya takdir percintaan yang pernah aku miliki tanpa membebankan khilafnya kepada sesiapapun.
siang dan malam kini adalah satu.
sesaat masa terluang, berabad jiwa ini merasa kekosongan.
sayangnya,tidak semua mata hati menyenangi ceritera cinta ini.
masakan pipit selayaknya terbang bersama enggang.
manakan mungkin belacu disanjung tinggi seperti sutera.


p/s: bbukan niatku sengaja mahu kalian turut serta berkabung pada rasa kehilangan yang aku tempuhi. sungguh!! aku hanya mahu memberi pengertian kepada sesiapa yang sudi mengerti.

Monday, March 23, 2009

Tagged

1. ciri lelaki idaman anda:
-humble
-bukan seorang yang TANGKAI JERING
-penyabar (sbb aku sgt suka buat org lain marah!!)
-athlete / musican (tapi xdapat pown!!)

2. lelaki yang tidak pernah anda minati sepanjang hidup:
-cakap besar
-prasan macho
-blagak dgn harte pinjam
-MAT REMPIT!!

3. perasaan anda sekiranya keluar dgn orang yang anda minati:
-hepi larr....raser cm xnak balik je. nak tengok muke die puas2. walaupun sekadar duduk lepak kat kedai mamak...rase enjoy je...bahagia...n lgsg terlupa apa itu buhsan. lalalala~


4. tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda:
- Taj Mahal....menyemai cinta sebagaimana sebuah kisah percintaan pernah bersemi disitu dolu2. hehe~


5. barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia:
-bantal busuk aku (kalu die nak la kan. tapi dah lame aku xde bantal busuk.ngeeee~)

6. Tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda:
aku xtao nk nyanyi lagu pe utk die...sbb lagu2 yg aku mnat...smer sdey!!
-tak bisa memilihmu (6ixth sense)
-lips of an angel (hinder)

7. Individu yang anda tag dan mahu mereka buat 6 perihal ini.
-xde....

Thursday, March 12, 2009

TAK bisa MemiLihMU

telah jauh terpisah ...diriku dan dirimu
dalam ruang dan waktu...
sendiriku jalani sepiku...tanpa dirimu
resahku...tanpa hadirmu
sungguh berat hatiku....tuk merasakannya
salahku mencintai...dirinya saat jauhku terpisah
darimu dan hadirnya menyentuh hatiku..
tuk cintainya...
hatiku...pun inginkannya
hingga runtuh setiaku...pada dirimu....
ku sakiti...hatimu yang tulus mencintaiku......
maaf ku tak bisa...memilih dirimu
kerna ku terhanyut...mencintai dia
inilah salahku...yang memberi ruang
di dalam hatiku...tuk mencintainya
(terhanyut jiwa ini....terjatuh dihatinya)

Wednesday, March 11, 2009

aku, durian dan ikan keli

awal mula pertama mula..disitu aku mengimbas semula titik tolak permulaan aku meluahkan segala rasa..mencurahkan segala prasangka.

dlm ralit membaca komen...aku terpandang ayat

'NO IKAN KELI'
penggemar durian...dan penggemar ikan keli....masing2 mempertahankan kegemaran masing2. mmg btol...aku kalah dek kerana ramai sgt penggemar ikan keli. huh!! aku pasrah!! tapi xmungkin berserah.

minggu lepas...aku pulang ke kampung di mersing. sempat juga bermalam di segamat. sampai shj...(xsempat duduk pown!!) tros aku menanyakan mak cik aku. mane lar tao kalau2 pokok durian kat blakang rumah tu dah berbuah. tapi...baru berputik.
hAmpA~
bukan takde kat bangi nie. tapi kepintaran aku hanya pada kertas....mengira dan menghafal. namun dalam bab durian...aku masih MBA (masih belum apa2). makan je reti. nak kopek...tak tahu.
ikan keli?? acap kali aku dimarahi oleh teman2 kerana setiap kali mereka mengambil ikan 'itu'....aku akan berkerut seribu. bukan maen2. sungguh!!! tekakku kembang.
rindunya aku nak menikmati durian. namun...aku lebih rindu kepada suatu kenangan yg telah lama aku tinggalkan.
maaf. aku tahu dan aku kenal benar dgn hati itu. namun...sekali parut hinggap dihatiku....selamanya ia akan menjadi teman hidupku. kini...laluannya dah jauh menyimpang. akan aku teruskan jua tanpa menoleh lagi......

Wednesday, March 4, 2009

aku perlukan hiburan.....

bangun pagi....bersiap tuk ke klas.
NERVOUS!!!
hari nie...ada presentation + interview
presentation itu sgt menggusarkan. bkn aku je...malah seluruh ahli kumpulan aku.
kerna dari kump. yg pertama...mereka sgt mengagumkan (lelaki plak tu - lagi la kagum).
tapi yg pasti...bkn student fakulti aku la kan~
presentation yg simple...tapi menarik. energetic.
ahli kump. aku....kiranya semua blh bercakap.
pada aku....xkan ada sebarang masalah yg berkaitan itu.
tapi...gara2 group sblm kami yg dengan pandai nyer mengambil masa selama 1 jam...utk presentation mereka...
Dr. Baharu itu telah kehilangan moodnya!!
sblm memulakan presentation...kami telah di "HENTAM" oleh org tua itu.
hanya kerana terlebih rajin.
aiyooo...rajin pon salah. malas lagi la salah.
die minta print out slide sahaja tapi kami2 yg rajin nie...siap wat full paper tuk die.
itu pon salah!!!~

komputer...tak berfungsi dgn baik....kami jugak yg disalahkan!!

lagi sekali....
aku sudah merasakan darahku tersirap dimuka.
dengan hati yg bengkak...aku mengambil alih tugas Yana.
aku membuat sesi penggulungan.
"sekian sahaja presentation kami selama 30 minit"
merupakan ayat terakhir yg keluar dari mulut aku.
ape lagi...satu dewan kuliah dipenuhi dengan derai tawa
kebengangan yang meluap2 telah membuatkan mulut aku tercabul dengan sendirinya!!
hah!! amek ko!!
die dengan slumberland nyer...bagi B je utk presentation kitorang.
group pertama dari 12 group yg telah buat presentation.
lagi aku panas hati!!
before nie....ader group yg lagi hampeh dari kitorg....but yet....paling trok pown dapat B+.
hanye kerana die bad mood....takkan la kitorang yang jadi mangsanya!!
dan aku...dengan hati yg kering....
keluar dari dewan kuliah ketika die tgh bercakap yg tah pape kt depan tu.
aku sgt malas nak mendengar.
seterusnya...aku menuju ke tmpat interview!!
sekali lagi malang menimpa.
aku yg ayu nie (aku tao la aku xayu...cuma hari nie aku berbaju kurung)...terpaksa menapak ke tingkat 5 dgn menggunakan tangga!!
lif ROSAK!!
OMG.....rase macam nak menyumpah seranah je...
tapi masih boleh bersabar.
interview???
kite tunggu dan lihat.

Monday, March 2, 2009

aku ke...kamu ke....

aku dan kamu....bagai laut itu
mana pantainya???
aku dan kamu....bagai bumi itu
mana udaranya???
aku dan kamu....bagai bulan itu
mana pungguknya???
aku dan kamu....bagai mimpi itu
mana jaganya???
namun aku pasti......
aku dan kamu....bagai hidup ini
yang mampu mengukir kenangan
aku dan kamu....bagai musim itu
yang mampu mencipta kematangan
aku dan kamu....bagai kembara itu
yang mampu menggapai kenyataan
kerna kita seadanya manusia semata-mata....
juga mahluk Tuhan

Sunday, March 1, 2009

Kind of LOVE


It was a busy morning, about 8:30, when an elderly gentleman in his 80's arrived to have stitches removed from his thumb. He said he was in a hurry as he had an appointment at 9:00 am.


I took his vital signs and had him take a seat, knowing it would be over an hour before someone would to able to see him. I saw him looking at his watch and decided, since I was not busy with another patient, I would evaluate his wound.
On exam, it was well healed, so I talked to one of the doctors, got the needed supplies to remove his sutures and redress his wound.While taking care of his wound, I asked him if he had another doctor's appointment this morning, as he was in such a hurry.


The gentleman told me no, that he needed to go to the nursing home to eat breakfast with his wife. I inquired as to her health. He told me that she had been there for a while and that she was a victim of Alzheimer's Disease.



As we talked, I asked if she would be upset if he was a bit late. He replied that she no longer knew who he was, that she had not recognized him in five years now.


I was surprised, and asked him, 'And you still go every morning, even though she doesn't know who you are?' He smiled as he patted my hand and said,


'She doesn't know me, but I still know who she is.'


I had to hold back tears as he left, I had goose bumps on my arm, and thought,'That is the kind of love I want in my life.' True love is neither physical, nor romantic.



True love is an acceptance of all that is, has been, will be, and will not be.


The happiest people don't necessarily have the best of everything; they just make the best of everything they have.


'Life isn't about how to survive the storm, but how to dance in the rain'
p/s: With all the jokes and fun that are in e-mails, sometimes there is one that comes along that has an important message. This one I thought I could share with others