Monday, August 25, 2008

PARADOKS

hatiku gundah..
perasaan itu kembali lagi
baru saja rasanya aku menghalau ia pergi
aku seolah baru berhenti mencungap
kurasa kini...
aku sedang berusaha membetulkan langkahku yang kurasakan sumbang
bermain dengan rasa sangsi??
ahh...itu belum menjanjikan kemenangan berpihak kepadaku
seharusnya aku tidak membiarkan emosiku hanyut
bergerak menongkah arus??
memang itu sifatku
namun kemanakah hilangnya...semangat itu?

Tuesday, August 19, 2008

GO TO HELL!!

aku raser...mood aku cam baek jerr pagi nie. bangun agak awal...ader org kejutkan la bagai. tapi tetibe jerr raser cam terbakar. maner tak nyer...dalam diam aku dikhianati. ceh!! hampeh!!

konon nyer la kan...aku bersalah kerna buat bende yang orang lain xsker. aku wat tue...salah. aku wat nie...xbetol. aku yang da naik mengong nie pon at last...senyap jerr la. terima je tuduhan dan cemuhan orang lain. wat bodo..walaupun jauh di sudut hati nie tarser perit.

skunk...baru aku tao. orang tunding jari kat aku...konon nyer aku yang salah. padehal...sendiri yang wat perangai. agak2 arrr weyh..macam sial dowh!!!

aku traser cam nak meletop jerrr atie nie.terbakar!!!!!

Wednesday, August 13, 2008

Lewat pertemuan Itu

lewat waktu setahun yang lalu aku mengenali seseorang. seseorang yang aku rasakan sangat selesa untuk berbual, menceritakan apa sahaja..bercerita tentang apa jua. kali pertama itu...masih lagi aku ingat. malam. itulah kali pertama kita bersua muka. dia bersama motornya.."world cup" special edition.


namun masa mengubah segalanya. aku atau dia yang berubah, aku tak pasti. yang nyata, perkara yang aku takuti dan paling aku benci seolah datang menghampiri. kita yang dulunya mampu bergelak ketawa bersama, kini keegoan telah membina tembok kukuhnya. tinggi..dan tak mampu tuk di tembusi.


semakin hari dia semakin prejudis kepadaku. apa sahaja yang di rasakan oleh dia, tak pernah mahu diluahkan. bagaimanakah cara untuk aku memperbaiki diri sedangkan aku sendiri masih lagi tercari-cari dimanakah silapku. begitukah caramu??


"we know each other better". ayat itu terlalu serasi dengan kita. namun sesungguhnya bukan itu yang aku rasa. dia sebolehnya mempersalahkan aku atas sebab yang aku sendiri tak pasti. jelaskan...terangkan...segalanya! agar aku faham dan mengerti. agar aku mampu muhasabah diri.


andai penjelasan yang dia mahukan, aku bersedia untuk itu. tapi kenapa perlu mengelak dari aku? masihkah salah itu terbeban di bahuku?


ya!! memang aku akui..aku pernah kecewa suatu ketika dulu. suatu perasaan yang hampir menewaskan aku. sehingga kini, perasaan itu begitu menjadikan aku seorang yang tak tegar untuk menghampiri sebuah perhubungan. aku mengaku, aku memang berkawan. keluar, lepak, bergelak ketawa, bersuka ria...itu semua adat. tapi belum bererti aku telah menggadaikan prinsipku. aku masih lagi berpegang dengan kata yang pernah aku lafazkan.masih!


sudah berbuih rasanya. dan kini, aku masih lagi mengulangi perkara yang sama.andai betul keadilan yang dimahukan, jelaskan padaku...bagaimana dan apa. kerna semakin aku cuba yang terbaik...semakin tindakanku di kritik hebat dan menjadi prejudis orang lain.


tika dan saat ini, aku semakin buntu. katamu "carilah aku bila kamu kecewa lagi...". begitukah aku?? sebagaimana kamu jumpa aku buat pertama kalinya lebih setahun yang lalu...maka aku masih begitu. cuma keadaan mungkin sudah berubah. namun bukan aku!

Tuesday, August 12, 2008

selalu....sekali lalu

bila aku tipu....
orang akan kata aku tak jujur.
sedangkan aku?? hanya mahu menjaga silaturrahim itu.



bila aku berkata yang benar...
makanya adalah yang akan sakit hati.
menuduh aku kejam.
dan aku???terdiam membisu


apakah??

yang lebih tepat...dan yang dimahukan kamu sesungguhnya?

Friday, August 8, 2008

hari ini...

penatnya....


aku penat dgn segala2nya.penat kena marah dgn org lain...penat bertikam lidah...penat kena leter...penat kehulu dan ke hilir...makan tak tentu...rehat tak cukup...kajian ade mengatakan, kalau seorg wanita itu tak cukup rehat, akan memberi kesan yang negatif. seperti tekanan perasaan dan bley menjadi gila.wow!! takot toll aku baca artikel 2.



hurm...arini bangun je...tros terpandang baju yang da sebakul tak lipat. adus...aku benci toll nak melipat.dalam dok sibuk ngemas bilik...aku terima panggilan dari seseorang. tak pepasal bertikam lidah. pasal motor aku je pown. huh...da lar prot lapar...bkn disumbat dgn mknn. tapi dgn syarahan ke..tuduhan ke...aku pon tak tau. tapi..puas jugak la aku tadah telinga. namun aku hargai. die terlalu banyak membantu. itu aku tak nafikan. tros wat keje...sapu umah...mandi...tapi baju yang sebakul 2...still camtu gak. nmpak gaya...weekend nie larrr baru aku lipat.


pegi kajang...konon nak wat sticker. masuk jerr kete...aku kene leter plak!!! adus...bala btol klu aku jmpe mamat nie. tak gadoh tak sah agaknye. at last...aku batalkan je niat nak wat sticker. blurr!!! aku tros g kdai auntie aku.


kejap je aku kt kedai..then balik umah.tak sempat nak rehat...auntie aku sibuk nak wat sampel kuih plak!! adoi...bley pengsan aku camni. nie....die kuar jap. beli barang. sempat la aku curik tulang...wakaka~


malam nie? harap2 aku tak kene wat paper lagi. and aku pown tak bercadang nak g mane2. penattt bangat.

Thursday, August 7, 2008

RASANYA AKU...

aku rasa...
aku rasa la kan...


kadang-kadang...
kita cube sorokkan sesuatu.
kadang-kadang...

ape yang kita cube sorok, orang laen da tao pon.
tapi...
kita tak tahu yang orang laen da tao dalam diam kita menyorokkan sesuatu.


perbuatan kita...
tingkah laku kita...
walaupun bersahaja...


itu tak bermakna...
kita perlu menyembunyikan.
tak juga bermakna...
orang tak tahu apa yang kita sembunyikan.



di dalam kehidupan...
semakin kita cuba lari
semakin kebenaran datang menghapiri
daripada penat mengelak bayang sendiri
mengapa tidak berdiri dan biarkan ia berada disisi??