Friday, May 22, 2009

ENTRY ke-85

rebus tak empuk....setelah puas menelek kamus dek kerana buhsan...hanya ini yang aku perolehi. rebus tak empuk. name yang biase2 jer...tapi byk maksud yg tersirat. blog nie blum lagi setahun....dan blum jugak mencecah ke angka seratus entry-nya. namun...aku rasa aku perlu melangkah.


bermulanya blog ini kerana sesuatu.dan berakhirnya juga kerana sesuatu. bukan aku tak cinta....cuma keadaan yang memaksa. blog nie....merupakan diary hidupku. segalanya ku luah disini. segala perasaan.... setiap rasa... semuanya tercoret disini.


namun kini....segala rasa...setiap gelora itu seolah tidak lagi terucap....bukan aku berpaling. cuma setiap perkara itu pastinya ada alasan yang tersendiri. salam kasih....salam cinta.

Monday, May 11, 2009

campur aduk

siang dan malam hadir silih berganti....bertahun telah berlalu. Alhamdulillah kini aku telah selesai menunaikan kewajipan aku demi mengejar sebuah cita-cita. namun...apa yang ada dihadapan sana masih lagi samar. namun...aku yakin dimana ada kemahuan...disitu ada jalan. aku akan berusaha sebaiknya.


dalam usia 22 tahun...aku berjaya memegang ijazah. insyaallah...klu panjang umur...aku akan konvo bulan 8 nie.klu orang lain mencipta azam saban tahun bila tibanya tahun baru...aku pula beda. azam akan aku semat setiap kali aku berjaya mencapai azam yg terdahulu.


aku mmg kuat berbelanja....duit yang ayah bagi utk aku bayar muka kereta...nmpaknya kenalah aku cari semula. sebab aku dah belanja...habis!!! untuk itu...aku kenalah kerja keras sebab aku ada impian yang blom tercapai.


baru sekejap tadi aku terbaca tentang ramalan hari kelahiran. hurm...bila dibaca dan dipikr2....mmg btol pon ramalan tue pasal attitude aku. haha~ nmpak sgt attitude aku nie trok. tapi skunk aku tgh mencuba sedaya upaya utk membuang satu atttitude yg kadang2 aku sendiri naik rimas...naper la mudah sgt jadi mcm tu.


kawan2....ade yang buat baik biler die susah aje...huh!! rame nyer yg besikap sedemikian. so... aku ape lagi...sblm aku terkena....aku da kenakan mereka2 itu dulu...haha!!! kejam2...padan muker. ade hati nk gunekan aku...maaf. bukan aku berdendam, cuma aku nk korang tahu...aku bukannya bodoh. skunk nie...korang tanggung la kesusahan itu sendirian. dah tiada lagi aku untuk sama2 memikul beban kerna korang tak pernah rasa macam mana perasaan bila diri dikhianati.

Tuesday, May 5, 2009

tugas terakhir....tanggungjawab terakhir...segalanya bakal terhenti disini...segalanya.....

aku....
seorang insan kerdil yang sering kali terleka dibuai rasa selesa
acap kali mengulangi kesilapan yang sama walhal aku pernah tekad untuk berubah
barubah??
hanylah sekadar hangat-hangat tahi ayam
sama sahaja dengan azam yang kita tanam saban tahun


kini...
aku sudah sampai ke penghujungnya
setiap titis peluh keringat yang mengalir, setiap kudrat yang dicurahkan
tidak cukup menyedarkan aku betapa masa itu tidak mungkin mampu diputar semula


aku yang kian dewasa...
tidak pernah berjaya mengharungi dugaan dan godaan yang hadir
semakin ia menghampiri, semakin aku alpa


tiga hari lagi...
berakhir sudah segala penantian
selesai sudah segala debaran
kenangan yang ada....hanya tinggal kenangan
setelah tiga tahun aku menghuni ruang ini...selama ini juga aku mencoret setiap kenangan buatku jadikan cerita buat sang anak di hari tua


beberapa jam lagi...
langkah yang aku atur bukan lagi disini
aku bukan lagi bergelar pelajar
duniaku sudah tamat disini
maka...bermulalah era baru...cerita baru dalam kamus hidupku
pahit manis....jatuh bangun sepanjang aku bergelar pelajar
tak mungkin luput dari kotak ingatan


semoga KAU merahmati perjalanan hidupku yang kadang tempang tanpa tongkat..tersungkur dalam mengharungi pahit getir dugaan-Mu Tuhan.

Thursday, April 9, 2009

10 jari kususun rapat...MAAF jua kupohon darimu atas segala kekhilafanku

MAAF!!!!
hampir setahun yg lalu...aku pernah disakiti.
hatiku diguris luka....dalam.
perasaan ku dicampak jauh nun kelaut mati.
aku jatuh tersungkur...menyembah bumi.
namun...pabila aku bangkit...
aku bertekad xkan pernah menyerah kalah.
aku semakin 'heartless'.
tak mahu lagi dikecewakan sedemikian rupa.
namun kini....tarikh itu semakin hampir.
semakin ia mendekati aku...semakin aku terasa kerdil.
dan kini...aku baru sahaja mengecewakan perasaan seseorg.
maafkan aku.
bukan niatku utk mengecewakanmu...cuma aku takut.
bukan aku tak sayangkan ape yg aku miliki kini.
cuma..aku tak mahu menjalinkan perhubungan demi utk membalas dendam.
skali lagi...maafkan aku.
aku kini...bukan seperti aku yg dulu.
aku kini semakin liar...
malah aku sendiri merasakan yang aku sukar mengawal diriku kini.
aku melakukan apa sahaja semahuku.
kau terlalu baik untukku.
aku tak mahu kau disakiti.
lebih2 lagi aku yang menyakitimu.
aku tahu...kau akan kecewa bila mengetahui perkara duduk yg sebenar.
demi kebaikan bersama....
aku pohon..kau relakanlah segalanya.
biarkan aku pergi...benarkan aku dengan caraku......

Wednesday, April 8, 2009

G.E.D.I.K

suatu ketika dulu...dia pernah rapat dgn aku.
dulu katanya...aku nie sukar untuk dimengerti
apa mahuku...
namun kini...dia katakan yg dia cukup mengenali aku.
malah katanya....aku nie gedik or pape la yg sewaktu dengannya.
buat pengetahuan kamu....aku xpernah berubah!!!!
memang aku sedar....cukup sedar diri
aku tak layak berada dikalangan perempuan yang cantik dan hot..
namun...bukan jenisku terhegeh2 pada lelaki.
kamu tak tahu...maka kamu menuduh aku semahumu
kadang-kala kita kena ingat...
apa yang kita lihat...tak semestinya apa yang sedang berlaku
aku tak mahu membebankan masalahku dibahu orang lain...
pernah dulu aku dikatakan hanya mengingati kawan bila dalam kesusahan.
bukan itu niatku.
Demi Tuhan..
padaku...teman....adalah suatu anugerah yg tak ternilai harganya
kini...walau apapun alasanku...aku harus hadapinya sendirian
tanpa kamu mengetahui....
dalam sedar...aku telah lama kamu sisihkan dari hidupmu...
kini...aku mohon...
janganlah kamu kembali dan hanya menunding jari padaku
andai aku katakan yang aku gembira dengan segala hinaan yang org lemparkan padaku...
maka...aku bukanlah manusia yang normal.
namun...hanya ucapan terima kasih yang mampu aku ungkapkan atas segala penghinaan yang aku terima


TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA!!!

Tuesday, March 31, 2009

aku dan rahsia HATI

selagi diri ini bernyawa...masih lagi bernafas...perkara yang satu itu masih jua akan terus2an menghantui setiap dari kita. sebuah rasa yang tidak tegar untuk berjauhan walaupun sesaat cuma.

perasaan itu...tidak selalunya indah. rasa itu....tidak selalunya menyamankan hati yang panasnya kadang kala menjengah ke suhu air yang sedang menggelegak di dalam cerek. kenapa?? mengapa boleh jadi begitu?? kalaulah aku boleh........ semua tue selalu berlegar-legar di dalam sana...otak.

namun tidak semua persoalan menemui jawapan yang tepat dan memuaskan. malah kadang kala jawapan yang diperolehi amat memualkan. aku kerap kali buntu...bila setiap persoalan tak mampu aku ungkai. itu mendatangkan sebuah lagi perasaan....berbelah bahagi.

manusia pentingkan diri....akukah itu??? bukan tak mahu setia seperti setianya Balqis kepada Sulaiman. namun hati itu menjerit kuat...jiwa itu meronta meminta sedikit ruang. bukan niatku nak pentingkan diri sendiri. cuma...jiwa itu kacau...perasaan itu berlari kesana kemari melanggar setiap ruang tubuhku.

apalah hebatnya apa yang terpapar di ruangan mata berbanding dengan apa yang telah lama menduduki hati ini. aku tak pasti.....namun kegirangan itu melonjak tiba-tiba. senyuman itu seolah menjadi milik aku setiap saat.

ahhhh....aku benci rasa itu....segalanya bercampur menjadi satu...telah aku cuba petik satu untuk kekal menghuni ruang perasaanku. namun hingga kini...aku masih gagal. di mana tempangnya....

Wednesday, March 25, 2009

PERPISAHAN TERASING

BUKAN MAHUKU HANCURNYA ASMARA MENJADI DEBU.
BUKAN PINTAKU, TAKDIR BERSERU KAU BUKAN LAGI KEKASIHKU.....
jika ini kisah cinta, ia adalah hikayat terhebat & anugerah jiwa terindah yang paling menyakitkan.
setelah jauh bertatih, berjalan dan jatuh...kemudian bertongkat bangkit menongkah takdir.
segagah kudrat...sekuat azam aku pertahankan.
namun kalau sudah tiba detiknya simpulan cinta ini terlerai, aku hanya mampu pasrah. berserah...
aku sambut tenang muktamadnya takdir percintaan yang pernah aku miliki tanpa membebankan khilafnya kepada sesiapapun.
siang dan malam kini adalah satu.
sesaat masa terluang, berabad jiwa ini merasa kekosongan.
sayangnya,tidak semua mata hati menyenangi ceritera cinta ini.
masakan pipit selayaknya terbang bersama enggang.
manakan mungkin belacu disanjung tinggi seperti sutera.


p/s: bbukan niatku sengaja mahu kalian turut serta berkabung pada rasa kehilangan yang aku tempuhi. sungguh!! aku hanya mahu memberi pengertian kepada sesiapa yang sudi mengerti.