Tuesday, March 31, 2009

aku dan rahsia HATI

selagi diri ini bernyawa...masih lagi bernafas...perkara yang satu itu masih jua akan terus2an menghantui setiap dari kita. sebuah rasa yang tidak tegar untuk berjauhan walaupun sesaat cuma.

perasaan itu...tidak selalunya indah. rasa itu....tidak selalunya menyamankan hati yang panasnya kadang kala menjengah ke suhu air yang sedang menggelegak di dalam cerek. kenapa?? mengapa boleh jadi begitu?? kalaulah aku boleh........ semua tue selalu berlegar-legar di dalam sana...otak.

namun tidak semua persoalan menemui jawapan yang tepat dan memuaskan. malah kadang kala jawapan yang diperolehi amat memualkan. aku kerap kali buntu...bila setiap persoalan tak mampu aku ungkai. itu mendatangkan sebuah lagi perasaan....berbelah bahagi.

manusia pentingkan diri....akukah itu??? bukan tak mahu setia seperti setianya Balqis kepada Sulaiman. namun hati itu menjerit kuat...jiwa itu meronta meminta sedikit ruang. bukan niatku nak pentingkan diri sendiri. cuma...jiwa itu kacau...perasaan itu berlari kesana kemari melanggar setiap ruang tubuhku.

apalah hebatnya apa yang terpapar di ruangan mata berbanding dengan apa yang telah lama menduduki hati ini. aku tak pasti.....namun kegirangan itu melonjak tiba-tiba. senyuman itu seolah menjadi milik aku setiap saat.

ahhhh....aku benci rasa itu....segalanya bercampur menjadi satu...telah aku cuba petik satu untuk kekal menghuni ruang perasaanku. namun hingga kini...aku masih gagal. di mana tempangnya....

6 comments:

kaisu said...

nun di sana..
di saat kamu mula meyemai perasaan itu..

bAbY_LeEcH said...

en.kaisu:
aku tak mahu semai apa2.
sejarah yg terpalit...tak mungkin akan berulang lagi.

cuma kini aku lebih pentingkn diri sendiri. memperjuangkan kebebasan dan hak diri.

kaisu said...

sejarah mungkin berulang....

i love tomok!

bAbY_LeEcH said...

en.kaisu:
Lips of an angel...

tolong jgn doakan sejarah itu berulang kembali...

kaisu said...

nk tomok!nk tomok!

bAbY_LeEcH said...

ahhhh~ kamu gay!!