Wednesday, August 13, 2008

Lewat pertemuan Itu

lewat waktu setahun yang lalu aku mengenali seseorang. seseorang yang aku rasakan sangat selesa untuk berbual, menceritakan apa sahaja..bercerita tentang apa jua. kali pertama itu...masih lagi aku ingat. malam. itulah kali pertama kita bersua muka. dia bersama motornya.."world cup" special edition.


namun masa mengubah segalanya. aku atau dia yang berubah, aku tak pasti. yang nyata, perkara yang aku takuti dan paling aku benci seolah datang menghampiri. kita yang dulunya mampu bergelak ketawa bersama, kini keegoan telah membina tembok kukuhnya. tinggi..dan tak mampu tuk di tembusi.


semakin hari dia semakin prejudis kepadaku. apa sahaja yang di rasakan oleh dia, tak pernah mahu diluahkan. bagaimanakah cara untuk aku memperbaiki diri sedangkan aku sendiri masih lagi tercari-cari dimanakah silapku. begitukah caramu??


"we know each other better". ayat itu terlalu serasi dengan kita. namun sesungguhnya bukan itu yang aku rasa. dia sebolehnya mempersalahkan aku atas sebab yang aku sendiri tak pasti. jelaskan...terangkan...segalanya! agar aku faham dan mengerti. agar aku mampu muhasabah diri.


andai penjelasan yang dia mahukan, aku bersedia untuk itu. tapi kenapa perlu mengelak dari aku? masihkah salah itu terbeban di bahuku?


ya!! memang aku akui..aku pernah kecewa suatu ketika dulu. suatu perasaan yang hampir menewaskan aku. sehingga kini, perasaan itu begitu menjadikan aku seorang yang tak tegar untuk menghampiri sebuah perhubungan. aku mengaku, aku memang berkawan. keluar, lepak, bergelak ketawa, bersuka ria...itu semua adat. tapi belum bererti aku telah menggadaikan prinsipku. aku masih lagi berpegang dengan kata yang pernah aku lafazkan.masih!


sudah berbuih rasanya. dan kini, aku masih lagi mengulangi perkara yang sama.andai betul keadilan yang dimahukan, jelaskan padaku...bagaimana dan apa. kerna semakin aku cuba yang terbaik...semakin tindakanku di kritik hebat dan menjadi prejudis orang lain.


tika dan saat ini, aku semakin buntu. katamu "carilah aku bila kamu kecewa lagi...". begitukah aku?? sebagaimana kamu jumpa aku buat pertama kalinya lebih setahun yang lalu...maka aku masih begitu. cuma keadaan mungkin sudah berubah. namun bukan aku!

4 comments:

Matrix01 said...

carik lain la kalo yang tu mengarut...

bAbY_LeEcH said...

ntah la.."dia" tue xmengarut pun...tapi yg mengarutnye bila kite membina sesebuah perhubungan yg tak pasti

kaisu said...

sedar pown..

bAbY_LeEcH said...

nak carik pasal lagi arrr tue...