Wednesday, July 30, 2008

kEhiDupAn

Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan, pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan. Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya.
Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan hati tiada faedahnya. Banyak duka mengaburkan akal. Tiada ia sedih kerana kesedihan tidaklah memperbaiki perkara yang telah terlanjur kerana banyak kesedihan mengurangi akal.
Untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Tetapi untuk memusnahkannya terkadang waktu tidak sampai sesaat pun.
Kejayaan itu adalah milik semua orang. Pengorbanan, masa dan sentiasa mengambil peluang untuk berusaha bersungguh-sungguh adalah jalan kearah destinasi kejayaan. Jika kita tidak tahu ke mana arah yang hendak dituju, kita seperti daun kering yang di terbangkan oleh angin.

3 comments:

kaisu said...

kt maner dpt ayat nie..
copy dr maner?
wahahahah

bAbY_LeEcH said...

copy dari kitab....

kaisu said...

huhuhuh..
hebat!
kitab maner??
bgtau la..
nk carik..
ayat dier bleh tahan...